Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

Empat kawasan di Sarawak kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan daerah Sarikei, Pakan dan Kuching, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Anggaran Waktu Membaca:
4 kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 09:11PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 09:15PM

KUCHING: Empat kawasan di Sarawak kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan daerah Sarikei, Pakan dan Kuching, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataannya memaklumkan PKPD di Sarikei melibatkan dua rumah panjang, Rumah Tang di Teluk Batu Bintangor dan Rumah Naning di Sungai Baji, kedua-duanya bermula 16 hingga 29 April.

Sementara, PKPD di Rumah Juni di Ulu Pandanum, Pakan bermula 17 hingga 30 April, manakala PKPD Taman Mesra Bako di Kuching bermula hari ini (18 Apr) hingga 1 Mei.

Hari ini (18 Apr) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan dua lagi kelompok baru dikenali sebagai Kluster Jalan Bintulu-Sibu di Tatau dan Kluster Tarat Tani, Serian.

Sarawak hari ini merekodkan 508 kes baru COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23,940 kes, selain mencatat satu pertambahan kes kematian menjadikan angka korban akibat pandemik tersebut seramai 137 orang.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan