4 hilang selepas kapal kargo karam dekat Georgia
Sebuah kapal kargo Korea Selatan yang membawa sekitar 4,000 kereta menuju ke Timur Tengah miring dekat pantai Georgia di selatan Amerika Syarikat pada Ahad (8 Sep), menurut seorang pegawai dari syarikat pengendali Hyundai Glovis.
SEOUL: Sebuah kapal kargo Korea Selatan yang membawa sekitar 4,000 kereta menuju ke Timur Tengah miring dekat pantai Georgia di selatan Amerika Syarikat pada Ahad (8 Sep), menurut seorang pegawai dari syarikat pengendali Hyundai Glovis.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat menyatakan seorang jurumudi dan 23 kelasi berada di atas kapal Golden Ray berkenaan apabila ia terbalik di St. Simons Sound. Seramai 20 orang berjaya diselamatkan.
Gerakan masih diteruskan untuk mencari empat kelasi kapal kargo yang dipercayai berada dalam bilik enjin kapal berkenaan, menurut Kementerian Ehwal Luar Korea Selatan serta syarikat terlibat.
Mereka yang berjaya diselamatkan terdiri daripada 13 kelasi rakyat Filipina dan enam warga Korea Selatan serta jurumudi warga Amerika.
Golden Ray merupakan kapal pengangkut kenderaan yang berdaftar di Kepulauan Marshall dan dimiliki sebuah syarikat Korea Selatan. Dibina pada tahun 2017, kapal tersebut mengalami masalah pada sekitar 2 pagi semalam apabila ia menyenget semasa berada di St Simons Sound.
Kapal tersebut sedang belayar menuju ke Baltimore dengan membawa 4,000 kereta termasuk keluaran syarikat Hyundai Motor dan Kia Motors.
Punca kejadian masih belum diketahui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.