Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 didakwa di India atas tuduhan rogol; bunuh budak perempuan 9 tahun

Seorang sami dan tiga lelaki didakwa kerana merogol secara beramai-ramai dan kemudian membunuh seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, menurut polis India dalam kes yang mencetuskan bantahan selama beberapa hari di New Delhi.

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: Seorang sami dan tiga lelaki didakwa kerana merogol secara beramai-ramai dan kemudian membunuh seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, menurut polis India dalam kes yang mencetuskan bantahan selama beberapa hari di New Delhi.

Kanak-kanak perempuan itu dipercayai diserang oleh sami yang berusia 53 tahun itu dan tiga pekerja pada 1 Ogos setelah mangsa pergi ke tempat membakar mayat untuk mengambil air.

Empat lelaki itu yang ditahan sejak mereka diberkas pada awal Ogos kini berdepan dengan hukuman mati.

Ibu mangsa sebelum ini memberitahu polis bahawa kesemua lelaki itu memanggilnya untuk pergi ke tempat membakar mayat itu dan mendakwa bahawa anaknya mati terkena renjatan elektrik.

Mereka turut memberitahunya bahawa jika beliau melaporkan hal itu kepada polis, para doktor yang melakukan bedah siasat akan mengeluarkan organ kanak-kanak itu untuk dijual.

Mayat budak perempuan itu kemudian dibakar sebelum beberapa penduduk tempatan campur tangan dan mengeluarkan jasad anaknya daripada unggun bakar mayat itu.

Kertas pertuduhan setebal 400 muka surat dari Polis Delhi menukil "bukti saintifik, teknikal dan bukti-bukti lain" serta keterangan daripada para saksi, menurut pemerintah dalam kenyataannya pada lewat Sabtu (28 Ogos).

Pemerintah setempat menegaskan bahawa ia mahu tuduhan-tuduhan terhadap para suspek dikemukakan dalam tempoh 30 hari untuk menekankan bahawa ia tidak akan bertolak ansur terhadap jenayah melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak perempuan di negara itu yang mempunyai seramai 1.3 bilion penduduk.

Secara purata hampir 90 kes rogol melibatkan kanak-kanak perempuan dan wanita dilaporkan di negara itu setiap hari pada 2019, menurut data daripada Biro Rekod Jenayah Negara.

Namun, sejumlah besar daripada serangan seksual itu dipercayai tidak dilaporkan sama sekali.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan