4 cedera parah dalam serangan tikaman di Austria
Empat orang cedera parah dalam dua serangan menggunakan pisau di pusat ibu kota Vienna semalam (7 Mac).
VIENNA: Empat orang cedera parah dalam dua serangan menggunakan pisau di pusat ibu kota Vienna semalam (7 Mac).
Serangan pertama berlaku pada 7.45 malam di pusat beli belah di Second District di mana terletak taman terkenal, Prater dan tempat ramai penduduk Yahudi.
Dalam kejadian itu tiga anggota sebuah keluarga cedera parah ditikam seorang lelaki.
Serangan kedua berlaku setengah jam kemudian di hab pengangkutan Praterstern di daerah yang sama.
Seorang lelaki Chechnya cedera parah.
Pihak berkuasa belum pasti tentang motif serangan-serangan itu atau sama ada ia saling berkaitan.
Namun seorang lelaki rakyat Afghanistan ditangkap berhubung serangan kedua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.