Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 cedera ditembak ketika upacara juara NBA Toronto Raptors

Empat orang ditembak dan mengalami kecederaan semasa satu sambutan bagi juara sukan NBA Toronto Raptors di bandar Toronto, Kanada.

Anggaran Waktu Membaca:
4 cedera ditembak ketika upacara juara NBA Toronto Raptors

Seorang cedera parah ditembak semasa acara sambutan bagi juara sukan NBA, Toronto Raptors. (Gambar: Moe Doiron/Reuters)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 07:43PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 07:49PM

TORONTO: Empat orang ditembak dan mengalami kecederaan semasa satu sambutan bagi juara sukan NBA Toronto Raptors di bandar Toronto, Kanada.

Tiga orang yang dipercayai terlibat diberkas dalam dua insiden berasingan.

Menurut polis tempatan, salah seorang daripadanya cedera teruk.

Tembakan itu dilepaskan di destinasi terakhir upacara berkenaan semasa ucapan kejayaan pasukan itu sedang dibuat.

Kejadian berlaku berdekatan dengan pentas yang mana Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan para pemain Raptors sedang berada.

Puluhan ribu peminat mula melarikan diri sejurus selepas itu dengan beberapa daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

Kejuaraan NBA itu adalah yang pertama bagi pasukan Raptors, yang merupakan sebuah pasukan bola keranjang dari Kanada. 

Sumber : AP/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan