4 cedera dihempap papan iklan
Sebuah papan iklan menghempap empat orang yang berdiri di bawahnya dalam satu kejadian di timur laut wilayah Jilin, China.
CHANGCHUN: Sebuah papan iklan menghempap empat orang yang berdiri di bawahnya dalam satu kejadian di timur laut wilayah Jilin, China.
Media tempatan menyiarkan satu rakaman yang menunjukkan papan iklan berukuran hampir empat meter menghempap para mangsa di luar sebuah pusat beli-belah.
Keempat-empatnya cedera. Salah seorang daripada mereka masih dirawat di sebuah hospital tempatan. Tiga yang lain hanya cedera ringan.
Menurut laporan tempatan, terdapat angin kencang sekitar waktu kejadian namun pihak berkuasa belum mengesahkan keadaan cuaca sebagai punca insiden tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.