Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 beranak mati dengan 3 anak ditemui mati dipercayai dibunuh bapa sendiri

Seorang bapa dan tiga anaknya ditemui mati di dalam bilik di sebuah rumah di Lot 88 Perdana Heights hari ini (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
4 beranak mati dengan 3 anak ditemui mati dipercayai dibunuh bapa sendiri

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2017 10:29PM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 10:32PM

SUNGAI PETANI: Seorang bapa dan tiga anaknya ditemui mati di dalam bilik di sebuah rumah di Lot 88 Perdana Heights hari ini (20 Nov).

Lelaki berumur 48 tahun dan dua anak lelakinya yang berusia lima dan enam tahun serta anak perempuannya yang berumur lapan tahun ditemui mati pada 2.00 petang, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al-Athrash Wahid.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu dipercayai menggantungkan diri selepas membunuh tiga anaknya dengan kemungkinan cara menekup muka mereka dengan bantal.

"Kami percaya sebelum lelaki ini gantung dirinya, dia bunuh tiga anaknya dahulu...kami percaya kemungkinan dengan cara tekup muka anak-anak dengan bantal," katanya.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dialami keluarga terbabit.

Encik Mior Farid berkata setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, anak sulung mangsa daripada perkahwinan pertamanya berkata dua hari lalu, dia dan adik perempuannya yang berumur 19 tahun berjumpa dengan bapanya.

Pemuda berumur 20 tahun itu berkata pada pertemuan itu, bapanya ada memberitahu yang beliau berasa sedih.

"Saya tidak tahu sebab ayah sedih. Saya difahamkan kesemua adik juga sudah seminggu tidak ke sekolah selepas ibu mereka meninggal dunia 20 hari lalu," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan