Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 anggota polis, 2 banduan cedera apabila trak polis rempuh kereta rondaan polis

Empat anggota polis dan dua banduan cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2 pada Isnin (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
4 anggota polis, 2 banduan cedera apabila trak polis rempuh kereta rondaan polis

Empat anggota polis dan dua banduan cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 10:22AM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 10:25AM

SEREMBAN: Empat anggota polis dan dua banduan cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2 pada Isnin (15 Apr).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Ibrahim Mohd Abdul berkata kejadian berlaku pada jam 1.15 tengah hari ketika kereta peronda polis (MPV) mengiringi sebuah trak polis membawa 26 banduan dalam perjalanan dari arah Mahkamah Seremban ke Lokap Balai Polis Sikamat.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kedua-dua kenderaan bergerak terus sambil membunyikan siren dan lampu pandu arah, namun tiba-tiba sebuah kereta awam keluar dari simpang kiri menyebabkan MPV tersebut menekan brek secara mengejut. 

“Akibat itu, trak polis yang berada di belakang turut menekan brek secara mengejut bagaimanapun sudah melanggar bahagian belakang MPV pengiring menyebabkan MPV itu terbabas ke kanan bahu jalan raya manakala trak polis tadi terbabas ke kiri bahu jalan lalu terbalik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Katanya kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan