Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

37 orang asli Batek dijangkiti demam campak

Seramai 37 daripada 112 Orang Asli suku Batek, Kampung Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan, yang dilaporkan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, didapati dijangkiti wabak demam campak, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Anggaran Waktu Membaca:
37 orang asli Batek dijangkiti demam campak

Orang Asli daripada suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 08:32AM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 08:37AM

PUTRAJAYA: Seramai 37 daripada 112 Orang Asli suku Batek, Kampung Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan, yang dilaporkan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, didapati dijangkiti wabak demam campak, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata 37 kes demam campak itu disahkan melalui ujian makmal manakala keputusan ujian untuk mengesan penyakit lain seperti tuberkulosis, meliodosis, leptospirosis dan corona virus menghasilkan dapatan negatif, lapor Bernama.

"Berdasarkan keputusan makmal tersebut, penyakit yang berlaku dalam kalangan Orang Asli Kampung Kuala Koh ini ialah wabak demam campak (measles), " katanya ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Kesihatan Bersama Petugas Rombongan Perubatan Haji 1440H/2019, di Putrajaya pada Isnin (17 Jun).

Menurut laporan Bernama, beliau berkata faktor penyumbang kepada penularan jangkitan demam campak dalam kalangan masyarakat Orang Asli itu adalah liputan pengimunan terhadap demam campak yang rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR) dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua.

"Pasukan kesihatan sukar untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kerana cara hidup suku kaum ini yang kerap berpindah-randah. Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi, " katanya.

Dr Dzulkefly berkata daripada 112 kes Orang Asli itu, tiga kematian direkodkan oleh Kementerian Kesihatan, dengan mangsa terbaru merupakan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan kerana komplikasi demam campak.

Daripada jumlah 112 itu juga, Dr Dzulkefly berkata seramai 51 pesakit masih dirawat di hospital. 48 daripada mereka dirawat di wad biasa dan tiga pesakit di Unit Rawatan Rapi.

Seramai 19 pesakit dengan penyakit ringan pula berada di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli di Gua Musang dan 39 pesakit sudah dibenarkan pulang, menurut laporan Bernama.

Dr Dzulkefly berkata sebanyak 170 daripada 185 penduduk Kampung Kuala Koh sudah ditemui dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut beliau pasukan polis yang dibantu pasukan perubatan forensik Kementerian Kesihatan berjaya mengeluarkan kesemua 12 mayat dari Kuala Koh sehingga 6.40 petang semalam dan membawa mereka ke Hospital Gua Musang untuk mengenal pasti punca kematian.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan