Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

37 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Filipina

Sekurang-kurangnya 37 orang maut dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli- belah di banda Davao di Filipina, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini (23 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Dec 2017 06:31PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 09:17PM

DAVAO: Sekurang-kurangnya 37 orang maut dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli- belah di banda Davao di Filipina, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini (23 Dis).

Kebakaran itu tercetus pada awal pagi semalam (23 Dis) di pusat beli belah empat tingkat dengan beberapa orang terperangkap, kata Encik Ralph Canoy, seorang pegawai polis di daerah berkenaan.

Enam orang berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

Rakaman video menunjukkan para mangsa yang terperangkap di atas bumbung pusat beli-belah empat tingkat itu. Kebanyakan mangsa dipercayai para pekerja pusat panggilan 24 jam di tingkat paling atas bangunan terbabit.

Kebakaran hanya berjaya dikawal awal pagi tadi, hampir 24 jam kemudian. Namun, para penyelamat belum memasuki kawasan di mana mereka yang belum ditemui, terperangkap.

Mereka mendakwa pusat beli-belah terbabit tertutup dan tiada pengaliran udara lantas, para anggota bomba yang cuba memasuki bangunan dihalang oleh asap tebal sedang api marak.

Punca kebakaran masih disiasat, tetapi pihak berkuasa mengandaikan kebakaran mungkin tercetus di tingkat tiga di jabatan perabot. 

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan