Images
  • africa vaccine
    Antara penerima pertama vaksin malaria di Hospital Masyarakat Mitundu (Gambar: AFP)

360,000 kanak-kanak Afrika diberi suntikan vaksin malaria pertama di dunia

LILONGWE: Sekitar 360,000 kanak-kanak di tiga negara Afrika akan menerima suntikan vaksin cegah penyakit malaria yang pertama di dunia.

Tiga negara itu adalah Malawi, Ghana dan Kenya.

Suntikan vaksin itu sudah dimulakan di Malawi.

Vaksin Mosquirix dicipta oleh syarikat farmaseutikal terkenal Britain, GlaxoSmithKline (GSK), dan sebuah pertubuhan antarabangsa bukan meraih untung.

Ia sudah lulus dalam ujian klinikal selama lima tahun melibatkan 15,000 orang di tujuh negara.

Buat permulaan hanya 360,000 kanak-kanak berusia bawah dua tahun di Malawi, Ghana dan Kenya akan diberi vaksin itu.

GSK menderma sehingga 10 juta dos vaksin itu bagi inisiatif tersebut.

Meskipun Mosquirix tidak memberi perlindungan sepenuhnya daripada malaria, hasil ujiannya menunjukkan kanak-kanak yang diberi vaksin itu masih boleh menghidap malaria tetapi tidak serius.

Malaria yang menular menerusi nyamuk, meragut nyawa kira-kira 435,000 orang setiap tahun, kebanyakannya kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di Afrika.

- AFP/MU/tq

Top