Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

35 daripada 72 beg berisi wang tunai RM114 juta dirampas polis M'sia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan pada Jumaat lepas (18 Mei) mengandungi wang tunai berjumlah RM114 juta (S$38 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
35 daripada 72 beg berisi wang tunai RM114 juta dirampas polis M'sia

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 25 May 2018 01:26PM Dikemas Kini : 25 May 2018 01:44PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan pada Jumaat lepas (18 Mei) mengandungi wang tunai berjumlah RM114 juta (S$38 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata baki 37 lagi beg pula mengandungi barangan mewah seperti jam tangan dan barang kemas.

Encik Amar Singh berkata pihaknya selesai membuat proses pengiraan 35 beg mengandungi wang tunai kebanyakan Ringgit Malaysia (RM) dan Dolar Singapura (SD) selama tiga hari bermula Isnin lalu (21 Mei).

“Sebanyak 11 mesin kira digunakan serta 21 pegawai pengurusan dan urusan mata wang terlibat melakukan proses pengiraan wang tunai ini.

“Setelah selesai proses pengiraan, kesemua wang tunai ini telah dihantar ke Bank Negara Malaysia,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di Jalan Tun Razak hari ini (25 Mei).

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan