Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

33 murid sekolah di Pasir Gudang rasa loya, muntah-muntah

Seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, di Pasir Gudang mengalami loya dan muntah-muntah selepas mengadu terhidu bau busuk di sekolah berkenaan pagi ini (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
33 murid sekolah di Pasir Gudang rasa loya, muntah-muntah

Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih di Pasir Gudang (Gambar: Facebook/PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih)

Diterbitkan : 28 Aug 2019 07:56PM Dikemas Kini : 28 Aug 2019 08:00PM

JOHOR BAHRU: Seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, di Pasir Gudang mengalami loya dan muntah-muntah selepas mengadu terhidu bau busuk di sekolah berkenaan pagi ini (28 Ogos).

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin berkata pada awalnya seramai 25 murid dilaporkan mengalami simptom berkenaan pada kira-kira 7.30 pagi sebelum bertambah kepada 33 murid pada 9.00 pagi tadi.

“Kesemua murid melibatkan lima lelaki dan 28 perempuan. Seramai 17 daripada mereka merupakan murid tahun empat, tujuh murid tahun lima dan sembilan murid tahun enam,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Encik Ab Rahim berkata kesemua mereka sudah dihantar ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang untuk rawatan dan pihak sekolah juga sudah menghubungi bomba untuk tindakan bersesuaian.

Beliau berkata daripada keseluruhan 33 murid juga, 17 daripada mereka iaitu tiga murid lelaki dan 14 perempuan merupakan murid terkesan berulang iaitu pernah mengalami simptom berkenaan sebelum ini.

Katanya sesi persekolahan, bagaimanapun, diteruskan dengan memindahkan kesemua murid yang berada di tingkat tiga dan empat ke bangunan-bangunan di tingkat bawah.

Beliau berkata SK Taman Pasir Putih mempunyai keseluruhan 1,119 murid dengan dua sesi persekolahan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan