Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

31 pelajar tahfiz keracunan makanan, restoran jual Nasi Arab diarah tutup sementara

Sebuah restoran menjual Nasi Arab di Alor Setar, Kedah, diarahkan tutup sementara mulai Rabu (15 Mei) berikutan kes keracunan makanan yang melibatkan sekumpulan pelajar tahfiz Institut Al Quran Darul Aman (Iqdar) di negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
31 pelajar tahfiz keracunan makanan, restoran jual Nasi Arab diarah tutup sementara

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 May 2019 12:42AM Dikemas Kini : 16 May 2019 12:44AM

ALOR SETAR: Sebuah restoran menjual Nasi Arab di Alor Setar, Kedah, diarahkan tutup sementara mulai Rabu (15 Mei) berikutan kes keracunan makanan yang melibatkan sekumpulan pelajar tahfiz Institut Al Quran Darul Aman (Iqdar) di negeri itu. Mereka dipercayai mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan dari premis berkenaan semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Norhizan Ismail berkata Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar sudahpun mengenal pasti premis berkenaan dan mengeluarkan notis penutupan selama 14 hari bagi melakukan kerja pembersihan selain menjalankan siasatan lanjut.

"Hasil siasatan mendapati makanan yang dihantar kepada pelajar tahfiz adalah lebihan nasi dan lauk ayam yang tidak habis dijual. Setakat ini, kita dapati punca keracunan makanan kemungkinan disebabkan oleh lauk ayam yang tidak dimasak dengan sempurna. 

"Jumlah pelajar yang terdedah kepada keracunan makanan ini adalah seramai 150 pelajar namun daripada jumlah tersebut, seramai 31 pelajar yang berumur antara 18 hingga 23 tahun telah mendapatkan rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar," kata Encik Norhizan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan lebih 40 pelajar tahfiz Institut Al-Quran Darul Aman (Iqdar) di Alor Setar mengalami keracunan makanan.

Ia disyaki berpunca daripada Nasi Arab yang disumbangkan oleh sebuah restoran untuk moreh atau kenduri selepas terawih pada Selasa malam. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan