Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

31 maut, 72 cedera apabila bunga api meletup

Jumlah kematian akibat letupan bunga api besar-besaran di Mexico, kini meningkat kepada 31 orang. Lagi 72 orang cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
31 maut, 72 cedera apabila bunga api meletup

Pasar yang ranap akibat bunga api yang meletup. (Gambar: AP Photo/Eduardo Verdugo)

Diterbitkan : 21 Dec 2016 06:33PM Dikemas Kini : 21 Dec 2016 06:35PM

MEXICO: Jumlah kematian akibat letupan bunga api besar-besaran di Mexico, kini meningkat kepada 31 orang. Lagi 72 orang cedera.

Letupan kuat yang berlaku meranapkan sama sekali sebuah pasar terbesar yang menjual bunga api di pinggir ibu kota mexico.

Kebakaran yang berlaku mencetuskan letupan-letupan susulan sehingga pasukan bomba terpaksa menunggu letupan berhenti sebelum bergegas memadamkan kebakaran.

Asap tebal kelihatan menjulang sehingga ke ibu kota Mexico.

Semasa kejadian, pasar tersebut penuh sesak dengan para pengunjung yang membeli bunga api bagi perayaan hujung tahun.

Media tempatan melaporkan pasar tersebut menyimpan sehingga 300 tan bahan bunga api.

Anggota-anggota tentera dikerah untuk membantu mengejarkan mangsa-mangsa yang cedera ke hospital dengan ambulans dan helikopter.

Letupan hari ini (21 Dis) adalah yang ketiga menjejas pasar tersebut dalam masa sedekad.

Sumber : AFP/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan