Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

300,000 lembu mati ekoran banjir dahsyat di Queensland

Nilai kemusnahan yang dialami ekoran banjir yang melanda Queensland dijangka melonjak kepada ratusan juta dolar.

Anggaran Waktu Membaca:
300,000 lembu mati ekoran banjir dahsyat di Queensland

300,000 lembu ternakan mati dan banyak lagi kebuluran akibat banjir. (Gambar fail: William West/AFP)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 05:17PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 05:22PM

SYDNEY: Nilai kemusnahan yang dialami ekoran banjir yang melanda Queensland dijangka melonjak kepada ratusan juta dolar.

Malah, jumlah hujan yang turun berterusan selama hampir dua minggu melebihi jumlah hujan yang turun sepanjang tahun di kawasan tersebut.

Air bah membunuh sekitar 300,000 lembu ternakan dan mengakibatkan yang lain mungkin menghadapi masalah kebuluran.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata pihak berkuasa sedang membuat rancangan untuk membekalkan makanan kepada haiwan-haiwan yang terperangkap.

Para penternak pula bimbang banjir yang melanda akan menjejas teruk industri ternakan. Dengan 300,000 lembu yang mati, ia mengakibatkan mereka kerugian NZ$315 juta (S$288 juta). Hampir separuh daripada 25 juta lembu Australia diternak di Queensland. 

Sumber : Reuters/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan