Images
  • ombak
    Taufan Vayu dijangka mencetuskan ombak laut setinggi 3.5 hingga 5.3 meter. (Gambar: Amit Dave/AFP)

300,000 dipindahkan sedang Taufan Vayu membadai India

GUJARAT, INDIA: Pihak berkuasa India sedang berusaha memindahkan lebih 300,000 orang di bahagian barat negara itu sedang taufan kuat dijangka melanda.

Terbentuk di Laut Arab, Taufan Vayu dijangka melanda bahagian darat pantai wilayah Gujarat awal pagi esok dengan tiupan angin sekencang 170 kilometer sejam.

Jabatan Kaji Cuaca India menyatakan Vayu akan menyebabkan terjadi ombak laut etinggi 3.5 hingga 5.3 meter sepanjang dua hari akan datang.

Vayu merupakan taufan kedua melanda India tahun ini.

Pada bulan lalu, Taufan Fani sekuat 200 kilometer sejam meragut nyawa kira-kira 80 orang apabila ia melanda bahagian timur India.

- REUTERS/MU/na

Top