30 maut akibat gelombang udara panas
Lebih 30 orang mati di wilayah Quebec, Kanada, yang dilanda gelombang udara panas sejak hampir seminggu lalu.
QUEBEC: Lebih 30 orang mati di wilayah Quebec, Kanada, yang dilanda gelombang udara panas sejak hampir seminggu lalu.
Para pegawai berkata gelombang udara panas sekarang adalah yang paling buruk dialami Quebec dalam masa puluhan tahun. Pihak polis dan bomba mengerahkan anggota masing-masing untuk memeriksa para penduduk di banyak kejiranan.
Ramai penduduk tidak mempunyai alat hawa dingin di rumah.
Jabatan kaji cuaca Kanada menyatakan sejak Jumaat lalu (29 Jun), suhu sering mencapai paras 30 darjah Selsius. Namun berserta dengan kadar kelembapannya, keadaan suhu dirasakan seperti di paras hampir 40 darjah Selsius.
Suhu di wilayah itu diramalkan turun pada hujung minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.