Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

30 kes pecah masuk premis di M'sia selesai selepas kumpulan perompak diberkas

‘Geng Yong’ yang aktif melakukan jenayah pecah masuk premis termasuk kedai serbaneka di sekitar Serdang, Brickfields dan Petaling Jaya, sejak tiga bulan lalu tumpas dengan pemberkasan empat lelaki tempatan di Seri Kembangan pada Ahad lalu (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
30 kes pecah masuk premis di M'sia selesai selepas kumpulan perompak diberkas

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 11:36PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 11:39PM

SERDANG: ‘Geng Yong’ yang aktif melakukan jenayah pecah masuk premis termasuk kedai serbaneka di sekitar Serdang, Brickfields dan Petaling Jaya, sejak tiga bulan lalu tumpas dengan pemberkasan empat lelaki tempatan di Seri Kembangan pada Ahad lalu (22 Nov).

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata ekoran daripada penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 30 kes pecah premis, berdasarkan kepada laporan seorang lelaki yang juga pengurus kedai serbaneka yang melaporkan premisnya di Bandar Puteri, Puchong dipecah masuk pada 16 Nov lepas mengakibatkan dua unit laci wang serta wang tunai berjumlah RM2,094 (S$690) hilang.

“Susulan itu, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan di kediamannya di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada Ahad kira-kira 9 malam.

“Hasil tangkapan itu, polis turut menahan tiga lagi rakan suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini (26 Nov).

ACP Razali berkata polis turut merampas beberapa peralatan pecah rumah, pedang, pisau, dekoder, kamera litar tertutup (CCTV), alat pemain cakera padat, televisyen dan motosikal yang dianggarkan bernilai RM30,000 (S$9,870) dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.

Katanya, ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. 

Menurut ACP Razali, suspek turut mengaku terlibat dalam kejadian pecah masuk kedai di Petaling Jaya pada 8 Okt selepas sebuah rakaman video memaparkan aksi suspek melakukan kegiatan tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

“Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan