Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 warga Rusia, 1 lelaki Ukraine didakwa atas serangan MH17

Para penyiasat antarabangsa pada Rabu (19 Jun) mendakwa empat orang dengan tuduhan membunuh dalam serangan menembak jatuh pesawat MH17 milik syarikat penerbangan Malaysia pada 2014 - yang ketika itu sedang terbang di selatan Ukraine - sekaligus mengorbankan 298 jiwa.

Anggaran Waktu Membaca:
3 warga Rusia, 1 lelaki Ukraine didakwa atas serangan MH17

Serpihan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH17, yang terhempas di Ukraine pada Julai 2014, dibina semula dan dipamerkan di Gilze Rijen, Belanda, pada 13 Oktober 2015. (Gambar: Michael Kooren/REUTERS)

Diterbitkan : 19 Jun 2019 11:02PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 11:07PM

NIEUWEGEIN (BELANDA): Para penyiasat antarabangsa pada Rabu (19 Jun) mendakwa empat orang dengan tuduhan membunuh dalam serangan menembak jatuh pesawat MH17 milik syarikat penerbangan Malaysia pada 2014 - yang ketika itu sedang terbang di selatan Ukraine - sekaligus mengorbankan 298 jiwa.

Pasukan siasatan yang dipimpin Belanda itu menyatakan ia akan mendakwa tiga warga Rusia - Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov - serta Leonid Kharchenko dari Ukraine.

Saudara-mara para mangsa tragedi itu berkata mereka sudahpun diberitahu perbicaraan kesemua lelaki atas dakwaan pembunuhan itu akan bermula pada Mac 2020 walaupun ketiga-tiganya mungkin dibicarakan tanpa hadir ke mahkamah kerana Rusia tidak mengekstradisi warganya untuk kes pendakwaan.

Rusia dengan tegas menafikan semua pelibatan dalam kes serangan menembak jatuh MH17, manakala Girkin pula pada Rabu berkata pemisah Ukraine juga tidak terbabit.

“Hari ini kita akan menghantar waran tangkap antarabangsa kepada suspek-suspek pertama yang akan didakwa. Mereka juga akan diletakkan dalam senarai dikehendaki negara dan antarabangsa,” kata Ketua Polis Negara Belanda, Wilbert Paulissen, semasa sidang media.

Sementara itu, pendakwa raya Belanda, Fred Westerbeke berkata kesemua suspek itu adalah "empat orang yang akan dipertanggungjawabkan membawa senjata maut, BUK Telar, ke timur Ukraine".

Pasukan siasatan sama menyatakan, pada Mei 2018, peluru berpandu antipesawat BUK yang menembak jatuh pesawat jenis Boeing 777 berasal dari briged tentera Russia ke-53 yang berpangkalan di bandar Kurk, barat daya Russia.

Menurut para penyiasat, pesawat yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu musnah di udara setelah terkena peluru berpandu di wilayah timur Ukrane, yang ditakluki oleh para pemisah Rusia, pada 17 Julai 2014.

Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang menyiasat serangan pesawat tersebut meliputi Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

Pada Mei tahun lalu, Belanda dan Australia menyatakan bahawa mereka secara rasmi "menganggap Rusia bertanggunjawab" atas nahas itu selepas penemuan mengenai asal-usul peluru berpandu itu diumumkan. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan