Images
  • handcuff (2)
    (Gambar: Jeremy Long)

3 warga Indonesia yang lari selepas saringan COVID-19 ditemui polis

SEPANG: Tiga daripada empat warga Indonesia yang melarikan diri dari rumah kongsi di Sepang pada Isnin lalu (18 Mei) setelah menjalani saringan COVID-19, berjaya ditemui polis hari ini (21 Mei).

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ketiga-tiga lelaki warga Indonesia itu ditemui di tepi jalan berhampiran belukar di kawasan Semenyih, Kajang, Selangor pada kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Susulan itu, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah dipanggil dan mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn untuk ujian saringan COVID-19.

 “Setelah diambil ujian, mereka dihantar ke Pusat Kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi untuk tindakan susulan oleh pihak KKM,” katanya pada hari ini.

Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia yang turut menghilangkan diri bersama mereka, masih belum dijumpai dan tindakan mengesan masih diteruskan, katanya.

- BERNAMA/HA/ha

Top