3 warga China ditangkap terkait kes penipuan visa Amerika
Amerika menangkap tiga penyelidik rakyat China dan sedang memburu seorang lagi yang dipercayai berlindung di dalam konsulat China di San Francisco.
SAN FRANCISCO: Amerika menangkap tiga penyelidik rakyat China dan sedang memburu seorang lagi yang dipercayai berlindung di dalam konsulat China di San Francisco.
Mereka dikenakan tuduhan menipu untuk mendapatkan visa Amerika.
Empat orang itu didakwa berbohong apabila tidak mendedahkan mereka adalah anggota Tentera Rakyat China dan melakukan penyelidikan di Amerika.
Biro Siasatan Federal Amerika (FBI) menyatakan wanita yang sedang diburunya, Tang Juan, menyusup ke dalam institusi-institusi Amerika bagi mendapatkan maklumat saintifik dan teknologi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.