Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 saintis ubah baka bayi dihukum penjara

Tiga pengkaji dijatuhi hukuman penjara dan didenda kerana terbabit dalam kes mengubah baka tiga orang bayi di peringkat janin agar dapat melawan virus HIV.

Anggaran Waktu Membaca:
3 saintis ubah baka bayi dihukum penjara

Saintis He Jiankui semasa berucap di syarikatnya, Direct Genomics, di Shenzhen, wilayah Guangdong, China pada Julai 2017. (Gambar fail: Stringer/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Dec 2019 06:36PM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 06:39PM

BEIJING: Tiga pengkaji dijatuhi hukuman penjara dan didenda kerana terbabit dalam kes mengubah baka tiga orang bayi di peringkat janin agar dapat melawan virus HIV.

Ketua penyelidik, He Jiankui, dihukum penjara tiga tahun dan didenda 3 juta yuan atau S$580,000.

Zhang Renli pula dipenjara dua tahun dan didenda 1 juta yuan (S$193,000) manakala seorang lagi, Qin Jinzhou, dihukum penjara 18 bulan tetapi dengan penangguhan selama dua tahun serta denda 500,000 yuan (S$96,000).

13 bulan lalu, He mengumumkan dia membantu dalam mengubah DNA bayi-bayi yang pertama di dunia.

Bayi kembar perempuan itu dilahirkan pada November 2018.

Pengumuman He mencetuskan perdebatan sejagat mengenai etika berkaitan perbuatan mengubah DNA.

He juga terlibat dalam mengubah baka seorang lagi bayi.

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan