Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 remaja maut, 2 lagi cedera setelah kereta terjatuh ke dalam gaung

Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Semambu, hari ini (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
3 remaja maut, 2 lagi cedera setelah kereta terjatuh ke dalam gaung

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2018 06:48PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 06:51PM

KUANTAN: Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Semambu, hari ini (4 Nov).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam insiden pada jam 6.30 pagi itu, semua mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan penumpang yang duduk di belakang kereta Perodua Myvi tersebut. 

Mereka yang maut ialah Akira Alinnatasya Mohd Jaafar, 16 tahun, Nur Alya Ariana Azman, 16 tahun, dan Mohd Rizal Zainuddin, 20 tahun, yang kesemuanya berasal dari Kemaman, Terengganu. 

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta gagal mengawal kenderaan yang dipandu laju semasa melalui jalan yang lurus dalam keadaan hujan. 

"Kemalangan menyebabkan kereta itu yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Kemaman remuk secara keseluruhan," katanya kepada pemberita, hari ini (4 Nov).

Menurut Supt Kamarulzaman, pemandu kereta Muhammad Firdaus Mohd Noor, 22 tahun, patah tangan kanan dan mengalami kecederaan dalaman dan kini menerima rawatan di zon kuning Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Beliau menambah seorang lagi lelaki yang cedera yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan sedang dirawat di zon merah hospital sama, namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Supt Kamarulzaman berkata jenazah ketiga-tiga mangsa dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat hari ini (4 Nov), sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Kemaman. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan