Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 rakyat Australia mati dijangkiti wabak selepas makan tembikai wangi

Tiga orang mati akibat wabak listeria di Australia yang dikaitkan dengan memakan buah tembikai wangi atau 'rock melon'.

Anggaran Waktu Membaca:
3 rakyat Australia mati dijangkiti wabak selepas makan tembikai wangi

(Gambar: 7 News Sydney/ Facebook)

Diterbitkan : 03 Mar 2018 06:17PM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 06:21PM

SYDNEY: Tiga orang mati akibat wabak listeria di Australia yang dikaitkan dengan memakan buah tembikai wangi atau 'rock melon'.

Kematian ketiga dilaporkan di wilayah Victoria semalam (2 Mac) selepas dua warga tua meninggal dunia di wilayah New South Wales awal minggu ini.

Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan dijangkiti bakteria listeria di Australia tahun ini. 13 disahkan ekoran memakan buah-buah tembikai wangi.

Semua buah yang tercemar itu dibekalkan oleh salah satu pengeluar terbesarnya di New South Wales. Buah-buah tersebut ditarik balik daripada pasaran.

Bakteria listeria boleh menyebabkan kematian jika menjangkiti wanita hamil, warga tua, bayi dan orang dewasa yang mempunyai sistem imun tubuh yang lemah.

Tanda-tanda jangkitan itu termasuk berasa mual, cirit-birit dan sakit otot.

Namun bagi mereka yang mempunyai sistem imun tubuh yang lemah, jangkitan listeria boleh menyebabkan juga keradangan otak dan kerancunan darah.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan