Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pegawai kanan tentera Korea Utara disingkirkan jelang sidang puncak 12 Jun

Tiga pegawai kanan tentera Korea Utara disingkirkan menjelang sidang puncak antara pemimpin negara itu, Kim Jong Un dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Singapura pada Selasa depan (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2018 04:13PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 09:22PM

KOREA UTARA: Tiga pegawai kanan tentera Korea Utara disingkirkan menjelang sidang puncak antara pemimpin negara itu, Kim Jong Un dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Singapura pada Selasa depan (12 Jun).

Seorang pegawai kanan Amerika percaya ada perbalahan dalam tentera Korea Utara mengenai cara pendekatan Encik Kim terhadap Korea Selatan dan Amerika.

Agensi berita Yonhap Korea Selatan menyatakan tiga pegawai kanan yang disingkirkan itu ialah Ketua Pertahanan, Pak Yong-sik; Ketua Staf Umum Tentera Rakyat Korea (KPA), Ri Myong-su dan Pengarah Biro Politik Umum KPA, Kim Jong-gak.

Yonhap menyatakan penyingkiran itu mungkin juga bertujuan 'menjinakkan' tentera Korea Utara.

Sebilangan pegawainya dikhuatiri menentang perjanjian pelucutan senjata nuklear yang mungkin dipersetujui Encik Kim Jong Un semasa sidang puncak di Singapura pada 12 hari bulan ini.

Menurut sumber-sumber, persiapan bagi sidang puncak Trump-Kim itu masih diteruskan tetapi kemajuannya dikatakan agak perlahan.

Sumber : Reuters/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan