Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 nelayan sah diculik; dibawa ke selatan Filipina

Tiga orang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, pada minggu lalu dipercayai diculik oleh penjenayah rentas sempadan. Berita ini disahkan oleh polis Sabah, menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
3 nelayan sah diculik; dibawa ke selatan Filipina

Gambar fail.

Diterbitkan : 12 Dec 2018 09:12AM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 09:17AM

SANDAKAN: Tiga orang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, pada minggu lalu dipercayai diculik oleh penjenayah rentas sempadan. Berita ini disahkan oleh polis Sabah, menurut laporan Astro Awani.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Omar Mammah, dipetik sebagai berkata bahawa pengesahan itu dibuat oleh isteri salah seorang mangsa yang memberitahu beliau dihubungi suaminya.

Berdasarkan panggilan itu, suami beliau dan dua lagi rakannya diculik dan dibawa ke sebuah tempat yang tidak diketahui di bahagian selatan Filipina.

Astro Awani menukil Encik Omar sebagai berkata buat masa ini, para penculik belum lagi membuat tuntutan wang tebusan kepada para keluarga mangsa dan polis.

Menurut beliau, pasukan keselamatan sudah melancarkan siasatan bagi menentukan sama ada kejadian itu melibatkan kumpulan Abu Sayyaf atau tidak.

Pada 5 Disember lalu, tiga orang nelayan dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka ditemui tanpa individu. Mereka dikenal pasti sebagai Heri Ardiansyah, 19 tahun, Jari Abdullah, 34 tahun, dan Hariadin, 45 tahun.

Menurut laporan Astro Awani, Jari dikenal pasti sebagai seorang rakyat tempatan dan bukan warga Indonesia seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan