Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 negeri bantah undang-undang kerakyatan baru India

Tunjuk perasaan ganas terus berlaku di timur laut India, membantah satu rang undang-undang kerakyatan yang menimbulkan kontroversi.

Anggaran Waktu Membaca:
3 negeri bantah undang-undang kerakyatan baru India

Tunjuk perasaan ganas berlaku di timur laut India, membantah satu rang undang-undang kerakyatan yang menimbulkan kontroversi. (Gambar: Biju BORO/AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 04:33PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 04:38PM

NEW DELHI: Tunjuk perasaan ganas terus berlaku di timur laut India, membantah satu rang undang-undang kerakyatan yang menimbulkan kontroversi.

Rang tersebut diluluskan parlimen India awal minggu ini.

Tiga ketua menteri di India juga menyuarakan bantahan terhadap undang-undang kewarganegaraan kontroversi itu, lapor agensi berita Turki, Anadolu.

Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh, enggan melaksanakan rang undang-undang itu yang dianggapnya tidak sah, tidak beretika dan tidak berperlembagaan kerana berhasrat memecah-belah orang ramai melalui agama.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan, pula berkata langkah untuk memberikan kewarganegaraan berdasarkan agama adalah termasuk dalam perbuatan menolak perlembagaan.

Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee, turut menyuarakan bantahan terhadap undang-undang itu.

Pada Jumaat (13 Dis), beratus-ratus orang dari pertubuhan-pertubuhan Islam juga mengadakan bantahan di ibu kota New Delhi.

Di bawah Akta tersebut, pihak berkuasa India akan memberi kerakyatan kepada penganut beberapa agama termasuk Buddha, Kristian, Hindu serta kaum Sikh yang melarikan diri dari Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh ekoran penganiayaan agama sebelum 2015.

Semuanya negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam namun orang Islam dipinggirkan daripada senarai layak memohon kewarganegaraan, termasuk pelarian Rohingya Muslim yang melarikan diri dari Myanmar.

Ia menimbulkan kebimbangan bahawa undang-undang itu menjadi satu lagi tamparan kepada kumpulan minoriti Islam India yang berdepan dengan serangan penganut Hindu di bawah kerajaan pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP).

Bantahan terhadap rang tersebut mula dilancarkan di wilayah Assam pada Rabu lalu (11 Dis).

Penunjuk perasaan bimbang golongan pendatang akan berpindah ke kawasan sempadan dan menggugat kebudayaan serta memberi pengaruh politik ke atas penduduk yang sudah tinggal lama di sana.

Dua orang mati sejak bantahan-bantahan dilancarkan.

Pihak berkuasa sudahpun menguatkuasakan perintah berkurung di wilayah Assam dan Meghalaya yang kemudian ditarik balik semalam.

Sumber : Agensi berita/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan