Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 negara barat sertai pasukan penyiasat serangan sabotaj kapal di Teluk

Amerika Syarikat, Perancis dan Norway akan menjadi sebahagian daripada anggota pasukan penyiasat bagi serangan-serangan sabotaj terhadap beberapa kapal di rantau Teluk pada Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
3 negara barat sertai pasukan penyiasat serangan sabotaj kapal di Teluk

Pelabuhan Fujairah merupakan satu-satunya terminal di UAE, terletak di pinggir Selat Hormuz yang menjadi laluan utama bagi kapal-kapal memunggah minyak dari rantau Teluk. (Gambar: KARIM SAHIB/AFP)

Diterbitkan : 15 May 2019 04:25PM Dikemas Kini : 15 May 2019 04:28PM

DUBAI: Amerika Syarikat, Perancis dan Norway akan menjadi sebahagian daripada anggota pasukan penyiasat bagi serangan-serangan sabotaj terhadap beberapa kapal di rantau Teluk pada Ahad lalu.

Seorang pegawai Amiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan siasatan itu turut melibatkan negaranya dan Arab Saudi.

Dua kapal minyak Arab Saudi serta sebuah kapal UAE dan sebuah kapal minyak Norway menjadi mangsa serangan sabotaj itu semasa berlabuh di perairan dekat pelabuhan Fujairah, UAE.

Arab Saudi dan UAE tidak memberikan perincian tentang tindakan sabotaj itu atau siapa dalangnya.

Pelabuhan Fujairah merupakan salah satu hab minyak kapal terbesar di dunia. Ia terletak di pinggir Selat Hormuz yang menjadi laluan utama kapal-kapal yang memunggah minyak dari rantau Teluk.

Iran sebelum ini berulang kali mengancam untuk menutup selat itu sekiranya berlaku konfrontasi tentera dengan Amerika.

Tentera Amerika sudahpun meningkatkan kehadirannya di rantau itu termasuk menghantar sejumlah pesawat pengebom B-52.

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan