Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut dalam tragedi tanah runtuh di Sumatera

Dua kanak-kanak disahkan antara tiga orang yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak loji tenaga yang dibiaya China di pulau Sumatera, hari ini (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut dalam tragedi tanah runtuh di Sumatera

(Gambar: AFP/Agihan)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 05:52PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 05:59PM

MEDAN: Dua kanak-kanak disahkan antara tiga orang yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak loji tenaga yang dibiaya China di pulau Sumatera, hari ini (30 Apr).

Angka korban dikhuatiri meningkat susulan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Sumatera Utara sejak semalam.

"Pagi ini kami menemui tiga mangsa yang sudah meninggal dunia - seorang dewasa dan dua kanak-kanak," kata ketua agensi mencari dan menyelamat, Toto Mulyono.

"Kami masih mencari sembilan lagi yang hilang."

Antara mereka ialah tiga kakitangan yang bekerja di di Stesen Jana Kuasa Hidro di Batang Toru termasuk seorang warga China yang dikhuatiri terperangkap di bawah timbunan lumpur dan sisa runtuhan.

Tanah runtuh dan banjir kilat sering berlaku di seluruh kepulauan Indonesia semasa musim hujan.

Bulan ini, lebih 200 orang terbunuh di gugusan pulau timur laut dan wilayah jiran, Timur Leste, akibat Taufan Seroja yang menyebabkan penempatan masyarakat menjadi kawasan dipenuhi lumpur dan pokok tumbang.

Taufan Seroja, salah satu ribut paling dahsyat melanda wilayah itu memaksa ribuan orang melarikan diri mencari perlindungan.

Agensi bencana Indonesia menganggarkan 125 juta penduduk Indonesia atau hampir separuh daripada penduduk negara itu, kini tinggal di kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh.

Menurut pakar alam sekitar, bencana alam di negara itu sering berpunca daripada penebangan hutan dan perancangan mitigasi yang teruk. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan