Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut apabila jejambat lebuh raya runtuh di China

Tiga terbunuh dan dua cedera di timur China selepas sebatang jejambat di lebuh raya runtuh dan menghempap beberapa kenderaan, menurut pihak berkuasa hari ini (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut apabila jejambat lebuh raya runtuh di China

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 04:08PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 04:16PM

BEIJING: Tiga terbunuh dan dua cedera di timur China selepas sebatang jejambat di lebuh raya runtuh dan menghempap beberapa kenderaan, menurut pihak berkuasa hari ini (11 Okt).

Video yang dimuat naik secara online menunjukkan sebahagian besar jejambat di wilayah Jiangsu bergoyang sebelum jatuh dan menghempap kenderaan yang lalu di bawahnya pada malam Khamis (10 Okt).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bandar Wuxi di laman Weibo, siasatan awal menunjukkan jejambat itu runtuh selepas sebuah trak yang membawa muatan berlebihan lalu di atasnya.

Tiga kenderaan termasuk satu yang diletakkan di tepi jalan raya dan tidak mempunyai pemandu dihempap oleh jejambat itu manakala tiga orang mati dalam dua lagi kereta berasingan.

Lima kenderaan termasuk dua trak berada di atas jejambat berkenaan semasa ia runtuh.

Runtuhan itu juga menyebabkan dua orang mengalami kecederaan.

Kemalangan jalan raya dan binaan di China bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.

Pada Februari 2018, sekurang-kurangnya lapan orang mati di pusat bandar Foshan di wilayah Guangdong apabila berlaku kebocoran air di tapak binaan stesen kereta api menyebabkan jalan raya utama runtuh.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan