Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam tanah runtuh di India

Para pekerja penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan beberapa tan batu dan lumpur pada Rabu (11 Ogos) selepas satu kejadian tanah runtuh menimbus sebuah bas yang membawa sekitar 20 penumpang di bahagian utara Himalaya di India. Tiga kematian disahkan sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam tanah runtuh di India

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 10:40PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 10:43PM

SHIMLA, India: Para pekerja penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan beberapa tan batu dan lumpur pada Rabu (11 Ogos) selepas satu kejadian tanah runtuh menimbus sebuah bas yang membawa sekitar 20 penumpang di bahagian utara Himalaya di India. Tiga kematian disahkan sejauh ini.

"10 orang diselamatkan dari tempat kejadian dan dibawa ke kemudahan kesihatan tempatan. Kesemuanya mengalami kecederaan namun dijangka pulih setelah dirawat," kata seorang pegawai polis tempatan dari wilayah Himachal Pradesh di sempadan Tibet kepada AFP.

"Kami diberitahu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 20 hingga 22 penumpang dalam bas itu, namun kami belum menemui bas itu. Ia masih terperangkap di bawah timbunan tanah dan batu-bata masih jatuh di kawasan itu," menurut pegawai tersebut.

Perdana Menteri India Narendra Modi telah menghubungi ketua menteri negeri itu pada Rabu dan menawarkan bantuan bagi operasi menyelamat melibatkan pegawai sempadan tempatan dan anggota lain.

Siaran televisyen menunjukkan sebuah lori dan beberapa kereta berada dalam keadaan remuk dan separuh tertimbus serta bongkahan batu-bata dan pokok tumbang di jalan raya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan