Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 lelaki didakwa atas kes penipuan kongsi masa melibatkan S$200,000

Tiga lelaki didakwa pada Jumaat (7 Dis) kerana dipercayai terlibat dalam satu kes penipuan, di mana para mangsa diperdaya bahawa suspek-suspek boleh membantu memansuhkan atau mendapatkan semula wang daripada keanggotaan skim kongsi masa mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki didakwa atas kes penipuan kongsi masa melibatkan S$200,000

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 12:18AM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 12:20AM

SINGAPURA: Tiga lelaki didakwa pada Jumaat (7 Dis) kerana dipercayai terlibat dalam satu kes penipuan, di mana para mangsa diperdaya bahawa suspek-suspek boleh membantu memansuhkan atau mendapatkan semula wang daripada keanggotaan skim perkongsian masa mereka.

Mohammad Herianto Abdul Hamid, 34 tahun, Justin Bernard Colond, 34 tahun, dan Tamilmani Rajamani, 57 tahun, dipercayai ada kaitan dengan sebuah syarikat yang menawarkan bantuan kepada para anggota skim penginapan perkongsian masa.

Seramai 20 mangsa membayar sejumlah S$200,000 kepada syarikat itu bagi mendapatkan khidmatnya antara tahun 2012 hingga 2013.

Menurut polis, kesemua suspek mendakwa bahawa syarikat itu berjaya membantu para anggota skim perkongsian masa yang lain untuk memansuhkan keanggotaan mereka atau mendapatkan semula wang mereka.

Para suspek juga mendakwa bahawa syarikat itu dilantik oleh pemaju keanggotaan perkongsian masa untuk menggugurkan atau membeli semula keanggotaan tersebut.

Ketiga-tiga lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 26 Disember.

Jika didapati bersalah menipu, mereka boleh menghadapi hukuman penjara maksimum selama 10 tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan