Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 kawasan Selangor catat indeks pencemaran udara tidak sihat

Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi Selasa (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
3 kawasan Selangor catat indeks pencemaran udara tidak sihat

Tiga kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat. (Gambar: BERNAMA/Twitter)

Diterbitkan : 02 Mar 2021 12:55PM Dikemas Kini : 02 Mar 2021 12:59PM

SHAH ALAM: Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi Selasa (2 Mac).

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang merekod bacaan paling tinggi iaitu 183, diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada jam 8.00 pagi.

Pemerhatian agensi berita Bernama juga mendapati kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat jam 8.00 pagi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya). 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan