Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 jururawat dipecat aniaya bayi

Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah perumpamaan yang mungkin boleh digunakan bagi tiga jururawat di sebuah hospital di Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
3 jururawat dipecat aniaya bayi

(Gambar: Petikan dari YouTube)

Diterbitkan : 05 Jan 2018 11:43PM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 10:49PM

JEDDAH: Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah perumpamaan yang mungkin boleh digunakan bagi tiga jururawat di sebuah hospital di Arab Saudi.

Satu rakaman video tersebar di media sosial, menunjukkan para jururawat di sebuah hospital di Taif yang dilihat menganiayai seorang bayi pada bahagian kepalanya.

Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, mereka dipecat dan lesen mereka dibatalkan, lapor Arab News. Beberapa jam sebelum itu, mereka digantung sementara siasatan dijalankan.

Ketiga-tiga jururawat itu kini dilarang daripada bertugas sebagai jururawat dalam sektor kesihatan lain, menurut Arab News.

Dr Mohamed Al-Ghamdi, yang mengajar etika perubatan di Hospital National Guard di Jeddah memberitahu Arab News: "Apabila kanak-kanak menjadi mangsa, reaksi semula jadi adalah masyarakat berasa amat simpati kerana kanak-kanak tidak mampu bersuara; oleh itu orang dewasa berasa mereka perlu bersuara bagi pihak kanak-kanak."

Beliau menambah: "Apabila ditinjau kembali, mereka yang bertugas dalam sektor perubatan, sama ada doktor atau jururawat, mereka diperhatikan oleh masyarakat umum. Masyarakat mengharapkan doktor dan jururawat menghormati kerjaya itu dan bertanggungjawab.

"Bagi masyarakat, doktor dan jururawat adalah contoh kebaikan, jadi mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang kesilapan walaupun kecil, kesalahan mereka akan sentiasa dibesar-besarkan."

"Itu tidak bermakna kita boleh menjadi hakim yang menilai orang-orang yang melakukan kesilapan. Masyarakat sepatutnya membiarkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana mereka akan meneliti keadaan dengan asil, dan bukan mengeruhkan lagi keadaan bagi kanak-kanak dan ibu bapa mereka, dalam kes ini."

Sumber : Agensi berita/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan