Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 didakwa bunuh remaja hamil, ambil bayi dalam kandungan

Polis mendakwa tiga orang semalam (16 Mei) berkaitan pembunuhan seorang remaja hamil yang bayinya dikeluarkan daripada rahim mangsa selepas kematiannya.

Anggaran Waktu Membaca:
3 didakwa bunuh remaja hamil, ambil bayi dalam kandungan

Gambar hiasan. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 17 May 2019 01:54PM Dikemas Kini : 17 May 2019 01:55PM

CHICAGO: Polis mendakwa tiga orang semalam (16 Mei) berkaitan pembunuhan seorang remaja hamil yang bayinya dikeluarkan daripada rahim mangsa selepas kematiannya.

Polis berkata, Marlen Ochoa-Lopez, 19 tahun, diminta ke rumah seseorang yang dikenalinya pada 23 April dengan janji diberikan persiapan bayi percuma. Namun, sebaliknya mangsa dicekik hingga mati, dan bayinya dikeluarkan daripada rahim.

Clarisa Figueroa, 46 tahun, dan anak perempuannya, Desiree, 24 tahun, didakwa membunuh dengan niat.

Piotr Bobak, 40 tahun, yang digambarkan polis sebagai teman lelaki Figueroa didakwa dengan tuduhan menyembunyikan pembunuhan tersebut.

Dalam satu sidang akhbar, ketua polis Chicago, Eddie Johnson, menyifatkan jenayah itu ‘menjijikkan dan amat mengganggu’.

“Saya tidak dapat membayangkan apa dilalui keluarga mangsa ketika ini, "kata Encik Johnson.

“Mereka sepatutnya meraikan kelahiran bayi. Sebaliknya, mereka meratapi kehilangan ibu dan kemungkinan juga anaknya.”

Polis menemui mayat mangsa disembunyikan dalam tong sampah ketika menyampaikan waran menggeledah rumah Figueroa malam kelmarin.

"Mangsa pernah membeli barang-barang keperluan bayi dari Clarissa (suspek), jadi mereka saling mengenali," kata timbalan ketua Brendan Deenihan.

Pada hari Ochoa-Lopez dilaporkan hilang, Figueroa didakwa bercakap dengannya menerusi Facebook.

Remaja yang sarat hamil sembilan bulan itu telah pergi ke rumah Figueroa untuk mengambil beberapa pakaian bayi dan barangan lain yang disumbang suspek, kata polis.

Pihak berkuasa mendakwa Figueroa dan anak perempuannya Desiree mencekik remaja itu dengan kabel sepaksi dan mengeluarkan bayinya.

Dalam masa empat jam Ochoa-Lopez kali terakhir dilihat memandu di jalan raya oleh kamera pengawasan, Figueroa menghubungi perkhidmatan kecemasan dan mendakwa telah membantu melahirkan bayi yang tidak bernafas.

Bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan serius di hospital.  

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan