Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 diberkas kerana cuba bakar sinagog Yahudi di Sweden

Polis di Sweden pada Ahad menangkap tiga individu berhubung percubaan untuk membakar sinagog atau saumaah yang tidak berjaya di bandar kedua terbesar di negara itu, Gothenburg.

Anggaran Waktu Membaca:
3 diberkas kerana cuba bakar sinagog Yahudi di Sweden

Polis Sweden menangkap tiga individu berhubung percubaan untuk membakar sinagog. (Gambar: AFP PHOTO / TT News Agency / Adam IHSE)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 12:12AM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 12:17AM

STOCKHOLM: Polis di Sweden pada Ahad menangkap tiga individu berhubung percubaan untuk membakar sinagog atau saumaah di bandar kedua terbesar di negara itu, Gothenburg.

Percubaan itu bagaimanapun tidak berjaya.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki mencuba melakukan perbuatan membakar dengan sengaja itu, dedah polis dalam kenyataannya. Ini selepas insiden objek berapi dilontarkan ke bangunan itu tetapi tidak berjaya membakarnya pada lewat Sabtu malam.

Anggota masyarakat Yahudi memberitahu media tempatan sinagog itu diserang sekumpulan lelaki bertopeng yang membaling beberapa objek terbakar.

Sekitar 20 belia kemudian mencari tempat teduh di bilik bawah tanah semasa serangan tu, dedahnya, tetapi tiada yang dilaporkan cedera.

"Insiden-insiden yang berlaku sejak beberapa hari lalu antara Trump dan Israel dan ketegangan antara Israel dan Palestin, perkara sebegitu sering menyebabkan ancaman yang memuncak," kata pemimpin masyarakat Yahudi, Allan Stutzinsky kepada akhbar harian GT.

Keputusan Presiden Amerika Donald Trump pada Rabu bagi mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel itu ibarat 'pusingan-U' dalam diplomasi Amerika mengenai isu Israel-Palestin yang berpuluh-puluh tahun dipegangnya, sekaligus menghasilkan tindak balas diplomatik secara global dan tunjuk-tunjuk perasaan yang meluas.

Perdana Menteri Sweden Stefan Lovfen memberitahu agensi berita Sweden TT beliau berasa "amat marah" dengan berlakunya serangan itu.

"Tiada ruang bagi anti-Setimisme dalam masyarakat Sweden kita," katanya.

Keselamatan sudahpun diperketatkan di sinagog di serata negara, menurut agensi berita itu.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan