Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 beranak rentung setelah kampung terbakar

Tiga beranak rentung dan seorang lelaki cedera dalam kebakaran di sebuah perkampungan atas air di Batu Sapi, Sandakan, kira-kira 6.30 pagi Jumaat (21 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
3 beranak rentung setelah kampung terbakar

Sebuah perkampungan atas air di Batu Sapi, Sandakan, terbakar pada 21 Feb 2020. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 05:47PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 05:48PM

SANDAKAN: Tiga beranak rentung dan seorang lelaki cedera dalam kebakaran di sebuah perkampungan atas air di Batu Sapi, Sandakan, kira-kira 6.30 pagi Jumaat (21 Feb).

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata mangsa yang rentung dikenali sebagai Afikah Sulaiman, 20 tahun, dan anaknya Nurul Katrishah Aiman, 3 tahun, serta Mohd Sharil Aiman, setahun.

Menurut Encik Mohd Azhar, jenazah tiga beranak itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat manakala seorang lelaki berusia 50 tahun yang melecur menerima rawatan di hospital sama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata wanita bersama dua anaknya itu dipercayai mengalami kesukaran bernafas sebelum ditemui mati dalam salah sebuah rumah ketika kebakaran merebak ke 30 rumah.

Punca kebakaran masih lagi disiasat. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan