Images
  • fire (3)
    (Gambar: Bernama)

3 beranak rentung dalam kebakaran di Perak

TAIPING: Tiga beranak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, Kamunting awal pagi ini (24 Mac).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, semua yang maut dalam kebakaran kira-kira pukul 1.00 pagi itu dikenali sebagai Cik Jazmaniza Man, 35 tahun; Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4 tahun, dan Nur Aulia Medina, 3 tahun.

Turut tercedera dalam kebakaran itu, suami Jazmaniza, Encik Mohd Khairul Ismail, 38 tahun; anak pasangan itu, Muhamad Afiq Aryan, 6 tahun dan adik Jazmaniza, Jamal Azwan, 33 tahun.

"Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 1.20 pagi dan sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dengan dibantu balai Taiping tiba di lokasi, rumah itu telah terbakar 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sementara yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan dan operasi tamat pada 4.40 pagi.  

- BERNAMA/NA/na

Top