Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 beranak maut dalam kebakaran rumah

Sepasang suami isteri dan bayi lelaki mereka maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim di Slim River pada awal hari ini (19 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
3 beranak maut dalam kebakaran rumah

(Gambar fail: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 08:46AM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 08:48AM

IPOH: Sepasang suami isteri dan bayi lelaki mereka maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim di Slim River pada awal hari ini (19 Ogos).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 3.50 pagi.

"Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Slim River serta bantuan dari Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian," katanya.

Beliau menambah pihaknya menemui mayat pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan usia 30-an bersama bayi berusia hampir setahun berkenaan di dalam bilik pertama rumah berkeluasan 20x60 kaki persegi itu yang mengalami kebakaran sebanyak 70 peratus.

"Semua mangsa disahkan maut di tempat kejadian," kata jurucakap itu lagi.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan