Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 beradik maut selepas hantar ibu bapa tunaikan umrah

Tiga beradik maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan awal pagi tadi (23 Dis), demikian dilaporkan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
3 beradik maut selepas hantar ibu bapa tunaikan umrah

Gambar: Facebook

Diterbitkan : 23 Dec 2017 05:18PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 05:29PM

KUANTAN: Tiga beradik maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan awal pagi tadi (23 Dis), demikian dilaporkan Astro Awani.

Menurut Ketua Trafik Negeri Pahang Superintenden Mohd Noor Yusof Ali, kejadian berkenaan berlaku berdekatan Kampung Batu Putih sekitar 5.00 pagi, melibatkan kenderaan jenis Chery Eastar.

Mangsa yang terkorban adalah pemandunya, Wan Nur Athirah Wan Mohd Kamaruzzaman, 27 tahun dan dua lagi adiknya yang duduk di bahagian penumpang belakang, Wan Nur Afifah, 25 tahun serta Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14 tahun.

Sepupu mereka pula, Nurul Aliani Zawawi, 25 tahun yang duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu, cedera pada bahagian muka.

Seorang lagi penumpang di bahagian belakang, iaitu ibu saudara mangsa, Salmah Ibrahim, 58 tahun, turut cedera di bahagian dagu.

Astro Awani difahamkan bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Melaka menuju ke rumah keluarga itu di Kampung Padang Lalang, Binjai, Kemaman di Terengganu.

Khamis lalu (21 Dis), mereka baru sahaja menghantar ibu bapa dan adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengerjakan umrah.

Superintenden Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati bahawa pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar penghadang parit.

Kenderaan itu dilaporkan remuk di bahagian bumbung dan hadapan selepas terjunam dan terbalik ke dalam parit.

Ketika kejadian, jalan yang dilalui licin akibat cuaca hujan. Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan masih disiasat, menurut laporan Astro Awani.

Menurut anggota keluarga mangsa, mereka mendapat tahu tentang kejadian itu pada jam 7.00 pagi selepas Nurul Aliani iaitu salah seorang yang cedera menghubungi mereka.

Nurul Aliani memberitahu mereka bahawa beliau berjaya menyelamatkan diri dan ibunya selepas bertarung nyawa selama dua jam bergenang dalam air parit.

Bagaimanapun, tiga lagi saudaranya itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan stabil. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan