Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 belia maut dirempuh lori treler

Tiga orang termasuk dua adik-beradik maut selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah treler di Batu 18, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di Kampung Jamuan, Kota Lama Kiri pada Jumaat malam (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
3 belia maut dirempuh lori treler
Diterbitkan : 15 Sep 2018 11:06AM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 11:14AM

KUALA KANGSAR: Tiga orang termasuk dua adik-beradik maut selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah treler di Batu 18, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di Kampung Jamuan, Kota Lama Kiri pada Jumaat malam (14 Sep).

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Amirul Fahmi Samsudin, 12, Muhammad Asyraf Hamdan Al Fikri, 27, dan adiknya Muhammad Irfan, 17.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Mohd Taufiq Abd Sattar berkata kesemua mereka yang menaiki kereta jenis Nissan Sunny maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler hanya cedera ringan.

Beliau berkata sebaik sahaja menerima panggilan, pihaknya segera bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kereta itu terbabas di sebelah kiri jalan serta terperosok di bawah sebuah treler tanpa muatan.

“Khidmat kren terpaksa digunakan untuk mengangkat treler berkenaan kerana kepala treler itu tersangkut pada kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bervoltan tinggi. Anggota TNB dipanggil untuk memutuskan bekalan elektrik sementara di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini (15 Sep).

Encik Mohd Taufiq berkata pihaknya menggunakan beberapa peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat kira-kira 11.58 malam.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan