Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 bayi ditikam di pusat jagaan kanak-kanak New York

Tiga bayi - berusia antara tiga hari hingga sebulan - dalam keadaan kritikal setelah bayi-bayi itu dan dua orang dewasa ditikam oleh seorang pekerja pada Jumaat (21 Sep), di pusat jagaan kanak-kanak di bandar New York, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
3 bayi ditikam di pusat jagaan kanak-kanak New York

Gambar fail. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 12:13AM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 12:16AM

WASHINGTON: Tiga bayi - berusia antara tiga hari hingga sebulan - dalam keadaan kritikal setelah bayi-bayi itu dan dua orang dewasa ditikam oleh seorang pekerja pada Jumaat (21 Sep), di pusat jagaan kanak-kanak di bandar New York, menurut polis.

Sebilah pencincang daging dan pisau pemotong daging ditemui di tempat kejadian, polis memberitahu NBC News.

Seorang wanita 52 tahun, yang bekerja di pusat tersebut diberkas setelah serangan pada jam 3.30 pagi berlaku.

Menurut seorang pegawai Jabatan Polis New York, wanita itu dijumpai di tingkat bawah tanah pusat jagaan tersebut, dengan kesan-kesan luka di pergelangan tangannya.

Ketiga-tiga bayi perempuan yang ditikam berusia tiga hari, 20 hari dan sebulan, lapor NBC.

Dua daripada mereka ditikam di bahagian perut, dan bayi berusia 20 hari ditikam di bahagian telinga, bibir dan dagu, menurut NBC, menukil Jabatan Polis New York.

Kedua-dua orang dewasa yang ditikam adalah seorang lagi pekerja di pusat jagaan itu dan seorang bapa kepada salah seorang bayi, menurut pegawai itu. Seorang wanita ditikam beberapa kali di bahagian badannya, manakala lelaki dewasa tersebut ditikam di bahagian kaki.

"Ia kelihatan seperti pusat jagaan kanak-kanak yang tidak sah", untuk masyarakat warga Asia di bandar itu, seorang jurucakap polis memberitahu AFP. "Kami tidak pasti akan kesahihan pusat jagaan itu pada masa ini."

Ia belum lagi jelas jumlah kanak-kanak yang berada di pusat jagaan itu semasa serangan tersebut berlaku. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan