Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3,000 pengikut militan ISIS serah diri

Kira-kira 3,000 anggota militan ISIS menyerah diri daripada tempat persembunyian terakhir kumpulan itu di Syria, kata pasukan diketuai tentera Kurdi, sedang serangan udara dan darat disambung semula selepas tempoh tenang seketika.

Anggaran Waktu Membaca:
3,000 pengikut militan ISIS serah diri

Bendera ISIS. (Gambar hiasan: DADO RUVIC/REUTERS)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 10:46PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 10:49PM

BAGHOUZ: Kira-kira 3,000 anggota militan ISIS menyerah diri daripada tempat persembunyian terakhir kumpulan itu di Syria, kata pasukan diketuai tentera Kurdi, sedang serangan udara dan darat disambung semula selepas tempoh tenang seketika.

“Jumlah anggota militan ISIS yang menyerah diri sejak petang semalam meningkat kepada 3,000 orang,” kata jurucakap Angkatan Demokratik Syria (SDF), Mustefa Bali menerusi laman Twitter pada Selasa (12 Mac).

Sebuah kawasan perkhemahan di wilayah timur Syria, di perkampuangan Baghouz adalah baki ‘khalifah’ yang diisytiharkan kumpulan itu pada 2014 di sebahagian besar wilayah Syria dan jirannya, Ira

Tentera SDF yang disokong Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk memusnahkan tempat persembunyian militan ISIS dalam tempoh beberapa minggu tetapi kemunculan beramai-ramai penduduk kampung di kawasan tebing sungai menyekat kemaraan mereka.

Disokong pasukan tentera sekutu yang diketuai AS, SDF melancarkan semula serangan pada Ahad lalu selepas tempoh amaran diberikan kepada anggota ISIS berakhir.

Serangan udara dan darat bertubi-tubi melanda kawasan Baghouz selama tiga malam, mengorbankan beberapa anggota ISIS dan memaksa beratus-ratus daripada mereka serta keluarga menyerah diri.

Beribu-ribu daripada mereka menyerah diri pada Selasa, selepas beberapa siri serangan terkena kawasan perkhemahan ISIS.

Namun di luar Baghouz, ISIS masih mengekalkan kehadirannya di kawasan padang pasir Badia di timur Syria selain sel-sel militan di timur laut negara itu.

Para militan mengaku melakukan serangan-serangan maut di wilayah yang dikuasai SDF sejak beberapa bulan lalu dan tentera Amerika memberi amaran perlunya untuk terus berwaspada. 

Sumber : AFP/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan