Images
  • ai
    (Gambar: Thomas Peter/REUTERS) 

28 biro keselamatan awam, syarikat China disenarai hitam oleh AS

WASHINGTON: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat sudah meletakkan 28 biro keselamatan awam dan syarikat China ke dalam senarai hitam perdagangannya.

Pertubuhan-pertubuhan itu dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia ke atas kaum minoriti Uighur di China melalui penggunaan alat-alat pemantau teknologi tinggi.

Oleh itu, kesemua pertubuhan tersebut dilarang membeli produk-produk Amerika.

Syarikat-syarikat China yang terjejas termasuk Hikvision dan Zhejiang Dahua.

Dua syarikat itu menguasai sepertiga daripada keseluruhan pasaran global alat pemantauan video dan mempunyai kamera di seluruh dunia.

Para pegawai Amerika bagaimanapun menekankan bahawa langkah terbaru itu tiada kaitan dengan rundingan perdagangan dengan China yang bakal disambung pada Khamis ini. 

- Agensi berita/MU/na

Top