Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

260 juruterbang di Pakistan didakwa miliki lesen palsu, tipu dalam peperiksaan

Syarikat penerbangan Pakistan berdepan keadaan sukar susulan hampir satu pertiga dari.ada juruterbangnya didakwa memiliki lesen palsu atau meragukan.

Anggaran Waktu Membaca:
260 juruterbang di Pakistan didakwa miliki lesen palsu, tipu dalam peperiksaan

Nahas pesawat yang terjunam ke kawasan perumahan di Karachi pada Mei 2020. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 10:39PM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 10:43PM

ISLAMABAD: Syarikat penerbangan Pakistan berdepan keadaan sukar susulan hampir satu pertiga daripada juruterbangnya didakwa memiliki lesen palsu atau meragukan.

Skandal itu timbul susulan laporan awal mengenai nahas pesawat di Karachi pada 22 Mei.

Pesawat itu terhempas di kawasan perumahan, mengorbankan 98 orang di mana para penyiasat meletakkan kesalahan pada dua juruterbangnya.

Mereka dilapor tidak mengendahkan protokol penerbangan dan sedang berbual mengenai COVID-19 ketika berusaha mendaratkan pesawat Airbus A320 tanpa roda ke bawah sehingga menyebabkan enjin mengalami kerosakan teruk.

Pakistan International Airlines (PIA) menyatakan, siasatan pemerintah tahun lalu mendapati sekitar 150 daripada 435 juruterbangnya mendapati mereka memiliki kelayakan palsu atau lesen meragukan.

Perincian hasil semakan semula pemerintah itu didedahkan pada Rabu apabila menteri penerbangan Pakistan Ghulam Sarwar Khan memberitahu parlimen lebih 260 daripada 860 juruterbang aktif di negara itu memiliki lesen palsu atau menipu dalam peperiksaan.

Lebih separuh daripada mereka bertugas dengan PIA.

"Pihak berkuasa sudah memulakan prosiding pemecatan terhadap 28 daripada 262 juruterbang itu dan berkemungkinan turut membabitkan pertuduhan jenayah."katanya. 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan