Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

26 pelajar, 2 guru maut setelah sekolah pengajian al-Quran terbakar di Liberia

Sekurang-kurangnya 26 pelajar dan dua guru terkorban pada Rabu (18 Sep) dalam kebakaran melibatkan sebuah sekolah pengajian al-Quran yang terletak berhampiran ibu kota Liberia, Monrovia, menurut pejabat presiden.

Anggaran Waktu Membaca:
26 pelajar, 2 guru maut setelah sekolah pengajian al-Quran terbakar di Liberia

Jasad para pelajar dan guru-guru mangsa korban kebakaran di sebuah sekolah Muslim, , berlaku pada 18 Sep 2019, disediakan untuk pengebumian. (Gambar: Carielle DOE/AFP)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 02:56PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 02:58PM

MONROVIA: Sekurang-kurangnya 26 pelajar dan dua guru terkorban pada Rabu (18 Sep) dalam kebakaran melibatkan sebuah sekolah pengajian al-Quran yang terletak berhampiran ibu kota Liberia, Monrovia, menurut pejabat presiden.

Pelajar-pelajar lelaki berkenaan sedang tidur dalam bilik asrama apabila kebakaran tercetus pada waktu malam, kata seorang jurucakap polis Moses Carter sambil menambah kerosakan elektrik mungkin menjadi punca insiden itu tercetus.

Presiden George Weah melawat sekolah berkenaan di Paynesville, di pinggir ibu kota, dan berkata punca kebakaran masih belum diketahui.

Menurut jurucakap presiden, pelajar-pelajar yang maut berusia antara 10 hingga 20 tahun. Jurucakap polis pula berkata 27 pelajar terbunuh dalam kebakaran itu.

“Kami berada di sini untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa supaya tabah kerana adalah perit untuk anda kehilangan anak dengan cara begini," kata Presiden Weah kepada para wartawan yang berada di tempat kejadian.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga. Punca kebakaran belum diketahui namun kami akan menggesa penyiasat untuk mencari sebab bagaimana ia boleh berlaku."

Bumbung beratapkan kepingan besi pada bangunan tersebut, yang menempatkan sebuah sekolah dan asrama, musnah dijilat api.

“Pasukan kami sedang menyiasat punca kebakaran. Ia mungkin disebabkan elektrik,” kata jurucakap polis berkenaan namun enggan menolak kemungkinan kebakaran tercetus kerana perbuatan jenayah.

Kebanyakan rakyat Liberia beragama Kristian namun ada sejumlah minoriti Muslim dalam kalangan 4.5 juta penduduk negara itu. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan