Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

24 jam terbakar, 80% blok bangunan The Andaman musnah

Angin kencang serta struktur binaan kayu, sudah menyebabkan kira-kira 80 peratus sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali.

Anggaran Waktu Membaca:
24 jam terbakar, 80% blok bangunan The Andaman musnah

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 08:49PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 08:52PM

LANGKAWI: Angin kencang serta struktur binaan kayu, sudah menyebabkan kira-kira 80 peratus sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali, semalam dan awal pagi tadi (13 Jan).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi Mohd Ashmar Mohd Mazlan berkata, kejadian pertama berlaku petang semalam di bahagian bumbung sebuah bangunan kelas B dan anggota dari BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra bersama Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) resort itu, berjaya memadamkan kira-kira pukul 11.26 malam.

“Bomba menerima panggilan pada kira-kira pukul 4.00 petang semalam, selepas berjaya memadam kebakaran, anggota bomba membuat pemadaman bara-bara api yang terbakar. Namun begitu, kira-kira 1.13 awal pagi tadi, bomba pihak resort tersebut sekali lagi memaklumkan berlaku kebakaran di bangunan yang sama, namun di lokasi berbeza.

“Anggota bomba dari BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra, sekali lagi digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. Kebakaran melibatkan bangunan yang memiliki tiga seksyen menempatkan pejabat pentadbiran, lobi utama dan dewan besar, serta sayap utara dan selatan yang merupakan bilik penginapan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Turut hadir Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Encik Nor Hisham Mohammad dan Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari.

Encik Mohd Ashmar yang bertindak sebagai komander operasi berkata, ketika kejadian terdapat tetamu yang menginap di resort tersebut dan pihaknya telah mengarahkan pihak pengurusan resort itu untuk memindahkan tetamu ke hotel lain.

“Angin kencang serta struktur binaan kayu resort tersebut menyukarkan proses pemadaman api. Ketika proses memadam kebakaran, empat petugas lelaki ERT resort yang membantu, turut mengalami sesak nafas dan muntah. Mereka telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sehingga berita ini ditulis, anggota bomba dari BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra masih giat menjalankan kerja-kerja pemadaman serta mengawal kebakaran.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan