Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

230 orang awam maut dek serangan udara Syria, Rusia sepanjang minggu lalu

Seramai 230 orang awam terbunuh dalam serangan udara Syria dan Rusia ke atas kawasan-kawasan yang ditakluk para pemberontak sepanjang minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
230 orang awam maut dek serangan udara Syria, Rusia sepanjang minggu lalu

Seorang lelaki berdiri di tengah-tengah kemusnahan di bandar Hamoria, Syria yang menjadi sasaran serangan udara. (Gambar: BASSAM KABIEH/REUTERS)

Diterbitkan : 11 Feb 2018 08:48AM Dikemas Kini : 11 Feb 2018 08:52AM

GENEVA: Seramai 230 orang awam terbunuh dalam serangan udara Syria dan Rusia ke atas kawasan-kawasan yang ditakluk para pemberontak sepanjang minggu lalu, kata seorang pegawai tinggi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (10 Feb).

Zeid Ra’ad al-Hussein, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia berkata pihaknya menerima laporan-laporan termasuk rakaman video tentang kemungkinan penggunaan “agen-agen beracun” pada 4 Februari lalu di bandar Sarageb di wilayah Idlib yang ditakluk pemberontak.

“Selepas tujuh tahun tidak terhurai di Majlis Keselamatan (PBB), situasi di Syria mendesaknya untuk dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa serta usaha bersepadu oleh wilayah-wilayah (terbabit) demi mencapai keamanan,” kata Encik Zeid dalam satu kenyataan.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan