Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

23 orang cedera, termasuk 9 kanak-kanak dalam kebakaran di New York

Satu kebakaran memusnahkan sebuah bangunan dan mencederakan 23 orang di New York semalam (2 Jan), selang beberapa hari selepas bandar tersebut menyaksikan kebakaran paling dahsyat dalam tempoh 25 tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
23 orang cedera, termasuk 9 kanak-kanak dalam kebakaran di New York

Kebakaran di sebuah bangunan di New York. (Gambar: AP Photo/Seth Wenig)

Diterbitkan : 03 Jan 2018 11:44AM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 02:56PM

NEW YORK: Satu kebakaran memusnahkan sebuah bangunan dan mencederakan 23 orang di New York semalam (2 Jan), selang beberapa hari selepas bandar tersebut menyaksikan kebakaran paling dahsyat dalam tempoh 25 tahun.

Kebakaran tersebut berlaku di Bronx, kawasan yang sama di mana kebakaran minggu lalu mengorbankan 12 nyawa.

"Unit-unit kami tiba dan kami serta merta berdepan dengan kebakaran besar. Ramai orang dipindahkan daripada bangunan itu oleh ahli bomba di tempat kejadian," kata ketua bomba New York Daniel Nigro.

"Mereka semua dipindahkan dan semua dalam keadaan selamat," kata beliau lagi yang turut menekankan bahawa sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak cedera.

Namun demikian, jurucakap bomba mendedahkan kepada AFP bahawa empat daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Seorang bomba termasuk dalam kalangan 19 orang yang cedera ringan.

11 keluarga, 29 orang dewasa dan 11 kanak-kanak kini tanpa tempat berteduh akibat kebakaran tersebut.  

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan